Selasa, 5 Februari 2013

KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR



  • Jalan Conlay, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia
  • 603 - 2162 7459
  • www.kraftangan.gov.my
Waktu9 pg - 8 mlm


MasukPercuma


Terletak berhampiran daerah segitiga emas Kuala Lumpur, Kompleks Kraf di Jalan Conlay adalah pusat sehenti kraf untuk pelawat luar negara yang berminat melihat aktiviti dan menyertai program yang berkaitan dengan kraf.
Selain menjadi pusat kraf, kompleks ini juga menjadi menjadi tuan rumah acara-acara peringkat kebangsaan. Ini termasuk acara tahunan seperti Hari Kraftangan Kebangsaan, pertunjukan kebudayaan mingguan di Laman Wau dan kraftangan demonstrasi harian di Kampung Kraf.
Diuruskan oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, kompleks seni yang besar ini lazimnya dilawati oleh kumpulan pelancong asing. Walaubagaimanapun, pengunjung berkeluarga juga digalakkan untuk melawat sebelum meninggalkan kota ini.

Tarikan

Terdapat 4 tarikan utama di Kompleks Kraf:
1. Muzium Kraf 
Bersebelahan dengan kompleks ini terdapat sebuah muzium khas yang memaparkan koleksi pelbagai kraf logam, tekstil dan artifak oleh tukang-tukang dari Malaysia. Semua maklumat proses penghasilan ditunjukkan dalam bentuk diorama, lengkap dengan sejarah, teknik dan bahan-bahan yang digunakan.
2.Kampung Kraf 
Disini, kanak-kanak dan orang dewasa boleh belajar tentang kraftangan Malaysia melalui demonstrasi & sesi amali. Pelawat boleh belajar cara mencanting batik dan membuat tembikar atau menonton proses ukiran kayu dan membuat pewter.
3.Koloni Artis 
Anda boleh melihat kerja 22 artis residen disini. Kompleks ini juga menjalankan kelas kraf formal.
4. Butik Kraf 
Di sini anda boleh membeli kraftangan Malaysia pada harga yang lebih murah dari harga pasaran. Kraf yang dijual termasuk perhiasan peribadi, anyaman raga, cenderamata, tekstil & hadiah korporat.

Cara ke Sana

  • Anda boleh menaiki monorel dan turun di stesen Raja Chulan. Dari stesen ini anda boleh mengambil teksi atau berjalan mengikut papan tanda ke kompleks (30 minit berjalan kaki).
  • Alternatif lain adalah dengan menggunakan teksi. Bas awam BUKAN cara yang ideal untuk ke sINI.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan