Telah dibina semasa krisis ekonomi Asia, Menara Berkembar Petronas setinggi 88 tingkat di pusat bandar adalah bangunan berkembar tertinggi di dunia.
Diilhamkan dari bentuk geometri kesenian Islam, struktur mega ini dibina setinggi 175 meter dan disambungkan oleh jambatan gantung dua tingkat sepanjang 192 kaki.
Penghuni kota ini ada yang menggelarnya dua roket pencakar langit. Ada juga yang menggelarnya dua jagung besi yang besar. Tetapi tidak kira apa yang gelaran yang diberi, dua menara ini adalah ikon utama Kuala Lumpur.
Ia juga merupakan pusat tumpuan sehenti penduduk kota dengan adanya hotel-hotel bertaraf antarabangsa, pusat membeli-belah mewah Suria KLCC, galeri seni, pusat sains interaktif Petrosains, sebuah aquaria dan dewan filharmonik bertaraf dunia di bawah satu bumbung.
tarikan pelancong kat sini
suria klcc
Pusat membeli-belah mewah ini mempunyai lebih dari 270 kedai, medan selera dengan makanan antarabangsa, pawagam dan restoran-restoran makan segera. kalau korang kaki komik manga dari Jepun, jangan lupa ke kedai buku Kinokuniya di tingkat 4.

Akuarium bertaraf dunia ini boleh dilawati dengan melalui terowong pejalan kaki di tingkat bawah KLCC. Mereka yang ingin bertentang mata dengan jerung boleh membeli pakej Menyelam Bersama Jerung ( Dive With The Sharks).
Harga Tiket
Warganegara Malaysia Dengan MyKad
Dewasa – RM 35
Kanak-kanak – RM 25
Warga Emas – RM 25
Kanak-kanak di bawah 3 tahun – Percuma
Pelancong Asing
Dewasa – RM 45 Kanak-kanak – RM 35
Warga Emas – RM 25
Kanak-kanak di bawah 3 tahun – Percuma
Aktiviti
- Anda boleh bersemuka dengan jerung dan makhluk laut yang lain dalam akuarium laut dengan 2 pakej menyelam ataupun pakej bermalam.
- Dive With The Shark (Menyelam dengan Jerung)Pakej ini hanya terbuka untuk penyelam terlatih yang berumur 14 ke atas.
- Cage Rage (Selaman Dalam Sangkar) Mereka yang bukan penyelam terlatih atau berumur 14 tahun ke bawah juga boleh menyelam, tetapi dalam sangkar besi. Pakej bermula dari RM 199 setiap orang untuk selaman selama 45 minit. Sila buat tempahan terlebih dahulu. Hubungi marketing@aquawalk.com atau telefon 03-23331976/1977/1971
- Sleep With the Sharks (Tidur Bersama Jerung)Kanak-kanak berusia 6 hingga 13 tahun boleh menyertai program Tidur bersama Jerung pada musim cuti sekolah. Disebabkan program ini sangat popular, tempahan awal adalah disyorkan. Sila hubungi nombor atau email di atas.
Tren RapidKL
-Aquaria KLCC terletak kira-kira 15 minit berjalan kaki dari stesen Putra Suria KLCC. Dari stesen, masuk ke pusat membeli-belah Suria KLCC. Apabila tiba di kawasan maklumat pelanggan, masuk kiri dan cari jalan ke terowong bawah tanah KLCC(di sebelah Burger King). Ikut panduan yang di beri oleh papan tanda.
Bas
-Untuk penumpang KL Hop On-Hop Off, anda boleh berhenti di KLCC Garden Park.
Tempat Letak Kenderaan di Aquaria KLCC
Anda boleh meletak kereta bersebelahan KLCC Convention Centre atau di tempat letak kereta bawah tanah Convention Centre itu. Anda juga boleh meletak kereta di Suria KLCC.
Waktu Memberi Makan Ikan di Aquaria
Harian:
- 11:00 pg – 1:00 ptg: Bamboo Shark, Electric Eel
- 11:15pg – 4:00 ptg : Piranha
- 11:00 pg – 12:00 tgh: Penyu
- 12:00 tgh – 3:00 ptg: Pelbagai Ikan
- 04:00 ptg Pelbagai Ikan
Setiap Isnin, Rabu dan Sabtu
- 2:30 ptg Tingkat Bawah: Arapaima di Flooded Forest
- 3:00 ptg Tingkat Bawah: Jerung di Aquatheatr
Berdekatan menara terbina sebuah taman dilengkapi kawasan permainan kanak-kanak seluas 2 ekar, air pancut, kolam randuk dan trek joging.
PETROSAINS
Dibina di aras 4 dan 5 KLCC, Petrosains adalah pusat sains berkonsepkan industri minyak dan gas yang dibina oleH syarikat petroleum negara, Petronas Berhad.
Dengan kawasan pameran lebih daripada 70,000 kaki persegi, Petrosains juga dianggap sebagai sebuahmuzium interaktif kanak-kanak yang terbesar dan terulung di negara ini.
Anda dan anak anda boleh bermain dengan pelbagai butang dan tuil — dari tempat kendalian pelantar minyak, simulator helikopter hinggalah duduk di dalam kokpit kereta perlumbaan Formula 1 — semuanya di bawah satu bumbung.
Patung dinasor T-Rex yang menyanyi di Petrosains ini juga bakal mencuit hati si kecil anda.
Tips :
- Pintu masuk Petrosains ialah di Aras 4, Pusat Beli Belah Suria KLCC.
- Anda boleh menempah tiket anda terlebih dahulu.
- Elakkan lawatan pada musim cuti sekolah. Menunggu dalam barisan untuk ke dalam dan keluar dari Petrosains pada waktu puncak boleh mengambil lebih daripada setengah jam.
- Walaupun pintu masuknya kelihatan kecil, ruangan dalam Petrosains luas dan terdapat banyak model interaktif untuk si kecil anda terokai. Jangan masuk dengan perut kosong, dan hanya lawati jika anda dan anak-anak anda mempunyai lebih dari 2 jam untuk diluangkan.
Waktu Operasi:
Isnin: Tutup
Selasa-Khamis: 9.30 pg – 5.30 ptg (kemasukan terakhir pada jam 4.00 petang)
Jumaat: 1:30 ptg – 5:30ptg (kemasukan terakhir adalah pada jam 4.00 petang)
Hujung Minggu dan Cuti Umum: 9:30 pg – 06:30 ptg (kemasukan terakhir pada jam 5.00 petang)

Harga Tiket Petrosains:
Warganegara Malaysia dengan MyKad
Kanak-kanak 2 tahun dan ke bawah: Percuma
Kanak-kanak 3 hingga 12 tahun: RM 5
Remaja 13 hingga 17 tahun: RM 10
Dewasa 18 hingga 55 tahun: RM 15
Warganegara 56 tahun dan ke atas: RM 8
Pakej 2 dewasa & 2 kanak-kanak: RM 30

Kanak-kanak 3 hingga 12 tahun: RM 15
Remaja 13 hingga 17 tahun: RM 20
Dewasa 18 hingga 55 tahun: RM 25
Warganegara 56 tahun dan ke atas: RM 18
Keluarga pakej 2 dewasa & 2 kanak-kanak: RM 50

Dewan Filharmonik Petronas
Di sini juga anda boleh menikmati persembahan klasik atau jazz di dalam sebuah dewan bertaraf dunia dengan kapasiti 865 tempat duduk.
Di sini juga anda boleh menikmati persembahan klasik atau jazz di dalam sebuah dewan bertaraf dunia dengan kapasiti 865 tempat duduk.
Pusat Konvensyen Kuala Lumpur
Pusat Konvensyen Kuala Lumpur terletak beberapa minit berjalan kaki dari KLCC. Ia merupakan pusat untuk konvensyen, pameran perdagangan dan pameran awam.
Jambatan SkyBridge
Anda boleh melihat Kuala Lumpur dari jambatan Menara Berkembar KLCC. Berikut adalah beberapa fakta yang anda perlu tahu.
PENTING:
Hanya 1,200 tiket dikeluarkan setiap hari. Anda perlu berbaris untuk mendapatkan tiket sebelum 8:30 pagi kerana tiket selalunya habis sebelum pukul 11 pagi.
Hanya 1,200 tiket dikeluarkan setiap hari. Anda perlu berbaris untuk mendapatkan tiket sebelum 8:30 pagi kerana tiket selalunya habis sebelum pukul 11 pagi.
Tempat mendapatkan tiket ?
Concourse Level, Aras Bawah Tanah Menara Berkembar KLCC.
Concourse Level, Aras Bawah Tanah Menara Berkembar KLCC.
Tempahan tiket dibenarkan.
Harga tiket Skybridge
- 1. Pelancong Asing
- Dewasa – RM 80 (~Rp249967.57)
- Kanak-kanak – RM 30 (~Rp93737.84)
- 2. Warganegara Malaysia
- Dewasa dengan MyKad – RM 25 (~Rp78114.86)
- Kanak-kanak dengan MyKad – RM 12 (~Rp37495.14)
Waktu Pembukaan
DITUTUP pada hari Isnin & DITUTUP semasa sembahyang Jumaat (13:00-2:30)
Hari Operasi: Selasa hingga Ahad
Waktu Lawatan: 09:00 pg – 9:00 mlm
DITUTUP pada hari Isnin & DITUTUP semasa sembahyang Jumaat (13:00-2:30)
Hari Operasi: Selasa hingga Ahad
Waktu Lawatan: 09:00 pg – 9:00 mlm
Tips & Panduan Pelawat
- Setiap kanak-kanak mesti ditemani oleh seorang dewasa
- Kunjungan boleh dibatalkan / dijadualkan semula dengan notis yang singkat
- Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa ke Skybridge
Bagaimana ke KLCC
Teksi
KLCC mudah diakses dengan teksi. Jika anda dari Stesen Sentral tambang teksi tidak sepatutnya lebih daripada RM 15 (~Rp46868.92).
KLCC mudah diakses dengan teksi. Jika anda dari Stesen Sentral tambang teksi tidak sepatutnya lebih daripada RM 15 (~Rp46868.92).
KLIA
Jika anda dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), anda boleh menaiki Express Rail Link ke Stesen Sentral di Kuala Lumpur. Perjalanan ini akan mengambil masa selama 28 minit. Dari situ, anda boleh menaiki tren PUTRA LRT ke stesen KLCC. Jika anda memilih untuk mengambil teksi, perjalanan dari KLIA ke Menara Berkembar PETRONAS akan mengambil masa 60 minit.

KTM Komuter
Jika anda menggunakan KTM Komuter, berhenti di Stesen Sentral. Kemudian, naiki Putra LRT ke KLCC.
Jika anda menggunakan KTM Komuter, berhenti di Stesen Sentral. Kemudian, naiki Putra LRT ke KLCC.
Bas
Dan jika anda suka menaiki bas, anda boleh menaiki bas RAPID KL di pusat beli belah Star Hill di Jalan Bukit Bintang atau dari Jalan Chow Kit. Turun di Wisma Equity, Jalan Ampang yang betul-betul bertentangan dengan menara Berkembar PETRONAS.

Anda juga boleh menaiki bas RAPID KL dari Jalan Silang berhampiran Kompleks Kotaraya.
KL Monorail
Jika anda memilih KL Monorail, stesen terdekat adalah di Hotel Concorde di Jalan Sultan Ismail (kira-kira 10 minit berjalan kaki dari Menara Berkembar Petronas). Pada hari yang panas, ia adalah idea yang baik untuk menaiki teksi dari stesen monorail ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan