Rabu, 12 Jun 2013

GUNUNG ANGSI,KUALA PILAH




jauh dari hiruk kota,Gunung Angsi yang terletak di Tanjung Ipoh yang terletak di daerah Kuala Pilah,Negeri Sembilan mempunyai ketinggian setinggi 825 meter (2,702 kaki). Ia merupakan salah satu tarikan bagi Hutan Rekreasi Ulu Bendol dan terbuka bagi pendakian.

Pendakian Gunung Angsi biasanya mengambil masa selama empat jam yang melalui laluan trek sepanjang 4.5 kilometer sepanjang Sungai Batang Terachi. Dari Gunung Angsi, pendaki boleh melihat gunung-gunung berhampiran sepertiGunung Telapa BurukGunung BerembunGunung Datuk dan Gunung Tampin.

oh


Hutan Hulu Bendol merupakan hutan simpanan yang kaya dengan pelbagai pokok tropika seperti pokok merantipokok keruingpokok damar hitam, danpokok mersawa.

Ahad, 17 Februari 2013

ZOO MELAKA



Zoo melaka terletak lebih kuarang 13 km dari pusat bandar melaka dan merupakan zoo kedua terbesar di negara ini.zoo ini merupakan yang pertama di rantau ini yang mempamerkan hidupan liar yang terancam.sejajar dengan konsep pembangunan zoo semasa,zoo ini telah mengamalkan konsep terbuka dan mengekalkan persekitaran yang semulajadi.


info pelawat:

aktiviti


  • pertunjukan pelbagai binatang
  • sesi fotografi binatang selepas pertunjukan(orang utan,burung dan ular)
  • pertunjukan gajah
  • menunggang gajah dan kuda-setiap hujung mingg,cuti am dan cuti sekolah
  • perkhidmatan trem

waktu lawatan
-DAY ZOO
masa  :9.00 pagi-6.00 petang
hari  :isnin-jumaat

NIGHT ZOO
masa  :8.00 mlm-10.00 mlm
hari  :sabtu,ahad,cuti sekolah dan cuti am




kadar bayaran :
DAY ZOO
dewasa(13 tahun dan ke atas)
biasa-RM 7.00
pakej-RM 5.00

kanak-kanak(5-12 tahun)
biasa- RM 4.00
pakej-RM 2.00

kamera video-RM 10.00

NIGHT ZOO
dewasa
biasa- RM 10.00
pakej- RM 8.00

kanak-kanak
biasa- RM 5.00
pakej- RM 4.00
NOTA: kamera,kamera videi dan lampu suluh tidak dibenarkan dibawa masuk ke night zoo.


 


  Pautan berkaitan : 
 
Laman Web Rasmi PERHILITAN
 
 
 

TAMAN NEGERI ROYAL BELUM



hutan simpan royal belum ataupun taman negeri royal belum merupakan sebuah hutan dara yang luas dan merupakan salah satu kawasan hutan simpan terbesar di semenanjung yang tidak pernah diterokai oleh manusia.kehadiran spesis haiwan mamalia di sini seperti gajah,badak sumbu,tapir dan harimau menjadikan hutan belum ini adalah hutan simpan yang amat istimewa.hutan ini kaya dengan haiwan dan tumbuhan yang mengkagumkan yang mana banyak kawasan disini belum pernah diteroka atau digangu oleh kehadiran manusia.royal belum bukan sahaja pintu gerbang tetapi rumah kepada khazanah alam semulajadi yang unik dan penting


info pelawat:
kemudahan
  • tapak perkemahan
  • jeti
  • jambatan gantung
  • tandas
  • bilik mandi
  • gazebo
  • dewan terbuka
  • dapur terbuka
  • wildlife hide


aktiviti
  • merentas hutan
  • bermalam di bumbun
  • melawat perkampungan orang asli
  • memancing
  • menaiki bot
  • berkhemah
  • berenang
  • air terjun
  • berakit




untuk maklumat lanjut,sila hubungi:
perbadanan negeri perak
tingkat 1,kompleks kerajaan negeri
daerah hulu perak
33300 gerik,perak darul ridzuan

tel: 605-7914543



Sabtu, 16 Februari 2013

LEGOLAND




LEGOLAND Malaysia penuh keseronokan keluarga dengan lebih daripada 40 permainan, pertunjukan dan tarikan. Hampir semua adalah hands-on, jadi anda boleh menolak, pedal dan program, atau mengemudi, muncrat dan percikan, cara anda melalui pengalaman yang benar-benar interaktif - dan sudah tentu ada yang membina terlalu.


LEGOLAND Malaysia mempunyai tujuh kawasan bertema tarikan untuk semua peringkat umur seperti Awal , LEGO ® Teknik , LEGO Kerajaan,imagination , LEGO City , Tanah Pengembaraan dan MINILAND. Ia adalah tanah inspirasi di mana kanak-kanak adalah wira. Dari pusat eksperimen LEGO untuk rollercoasters, taman ini merupakan pelayaran sehari penemuan untuk semua keluarga.
Di tengah-tengah adalah MINILAND, di mana mercu tanda Asia telah dicipta menggunakan lebih 30 juta bata LEGO. Ia satu dunia interaktif pada skala 1:20, di mana orang, kereta api dan kapal terbang datang untuk hidup pada sentuhan butang.




Day Tickets

TicketReg. priceOnline (Public Opening Day Tickets)
1-Day Ticket Adult (12-59)RM 140RM 140 (Includes Keychain and T-Shirt)
1-Day Ticket Child (3-11)RM 110RM 110 (Includes Keychain and T-Shirt)
1-Day Ticket Senior (60+)RM 110RM 110 (Includes Keychain and T-Shirt)


LEGOLAND Annual Pass

Use the LEGOLAND Annual Pass on all days of regular park operation including weekends, public and school holidays at LEGOLAND Malaysia for a full 12 months. At the LEGOLAND Ticketshopyou can save MYR30 / SGD13. Hurry, limited time offer.
Ticket  Reg. pricePromotion price
LEGOLAND Annual Pass(Adult, 12-59 years old)RM275 / SGD115RM245 / SGD102
LEGOLAND Annual Pass(Child, 3-11 years old)RM210 / SGD88RM180 / SGD75
LEGOLAND Annual Pass(Senior, 60+ years old)RM210 / SGD88RM180 / SGD75



KLCC




Telah dibina semasa krisis ekonomi Asia, Menara Berkembar Petronas setinggi 88 tingkat di pusat bandar adalah bangunan berkembar tertinggi di dunia.
Diilhamkan dari bentuk geometri kesenian Islam, struktur mega ini dibina setinggi 175 meter dan disambungkan oleh jambatan gantung dua tingkat sepanjang 192 kaki.
Penghuni kota ini ada yang menggelarnya dua roket pencakar langit. Ada juga yang menggelarnya dua jagung besi yang besar. Tetapi tidak kira apa yang gelaran yang diberi, dua menara ini adalah ikon utama Kuala Lumpur.
Ia juga merupakan pusat tumpuan sehenti penduduk kota dengan adanya hotel-hotel bertaraf antarabangsa, pusat membeli-belah mewah Suria KLCC, galeri seni, pusat sains interaktif Petrosains, sebuah aquaria dan dewan filharmonik bertaraf dunia di bawah satu bumbung.

tarikan pelancong kat sini


suria klcc
Pusat membeli-belah mewah ini mempunyai lebih dari 270 kedai, medan selera dengan makanan antarabangsa, pawagam dan restoran-restoran makan segera. kalau korang kaki komik manga dari Jepun, jangan lupa ke kedai buku Kinokuniya di tingkat 4.


Akuarium bertaraf dunia ini boleh dilawati dengan melalui terowong pejalan kaki di tingkat bawah KLCC. Mereka yang ingin bertentang mata dengan jerung boleh membeli pakej Menyelam Bersama Jerung ( Dive With The Sharks).
Harga Tiket
Warganegara Malaysia Dengan MyKad 
Dewasa – RM 35
Kanak-kanak – RM 25
Warga Emas – RM 25
Kanak-kanak di bawah 3 tahun – Percuma

Pelancong Asing 
Dewasa – RM 45 Kanak-kanak – RM 35
Warga Emas – RM 25
Kanak-kanak di bawah 3 tahun – Percuma

Aktiviti
  • Anda boleh bersemuka dengan jerung dan makhluk laut yang lain dalam akuarium laut dengan 2 pakej menyelam ataupun pakej bermalam.
  • Dive With The Shark (Menyelam dengan Jerung)Pakej ini hanya terbuka untuk penyelam terlatih yang berumur 14 ke atas.
  • Cage Rage (Selaman Dalam Sangkar) Mereka yang bukan penyelam terlatih atau berumur 14 tahun ke bawah juga boleh menyelam, tetapi dalam sangkar besi. Pakej bermula dari RM 199 setiap orang untuk selaman selama 45 minit. Sila buat tempahan terlebih dahulu. Hubungi marketing@aquawalk.com atau telefon 03-23331976/1977/1971
  • Sleep With the Sharks (Tidur Bersama Jerung)Kanak-kanak berusia 6 hingga 13 tahun boleh menyertai program Tidur bersama Jerung pada musim cuti sekolah. Disebabkan program ini sangat popular, tempahan awal adalah disyorkan. Sila hubungi nombor atau email di atas.
Cara ke Sana

Tren RapidKL 
-Aquaria KLCC terletak kira-kira 15 minit berjalan kaki dari stesen Putra Suria KLCC. Dari stesen, masuk ke pusat membeli-belah Suria KLCC. Apabila tiba di kawasan maklumat pelanggan, masuk kiri dan cari jalan ke terowong bawah tanah KLCC(di sebelah Burger King). Ikut panduan yang di beri oleh papan tanda.

Bas 
-Untuk penumpang KL Hop On-Hop Off, anda boleh berhenti di KLCC Garden Park.

Tempat Letak Kenderaan di Aquaria KLCC 
Anda boleh meletak kereta bersebelahan KLCC Convention Centre atau di tempat letak kereta bawah tanah Convention Centre itu. Anda juga boleh meletak kereta di Suria KLCC.

Waktu Memberi Makan Ikan di Aquaria

Harian:
  • 11:00 pg – 1:00 ptg: Bamboo Shark, Electric Eel
  • 11:15pg – 4:00 ptg : Piranha
  • 11:00 pg – 12:00 tgh: Penyu
     
  • 12:00 tgh – 3:00 ptg: Pelbagai Ikan
  • 04:00 ptg Pelbagai Ikan
Setiap Isnin, Rabu dan Sabtu
  • 2:30 ptg Tingkat Bawah: Arapaima di Flooded Forest
  • 3:00 ptg Tingkat Bawah: Jerung di Aquatheatr
Berdekatan menara terbina sebuah taman dilengkapi kawasan permainan kanak-kanak seluas 2 ekar, air pancut, kolam randuk dan trek joging.


PETROSAINS
Dibina di aras 4 dan 5 KLCC, Petrosains adalah pusat sains berkonsepkan industri minyak dan gas yang dibina oleH syarikat petroleum negara, Petronas Berhad.
Dengan kawasan pameran lebih daripada 70,000 kaki persegi, Petrosains juga dianggap sebagai sebuahmuzium interaktif kanak-kanak yang terbesar dan terulung di negara ini.
Anda dan anak anda boleh bermain dengan pelbagai butang dan tuil — dari tempat kendalian pelantar minyak, simulator helikopter hinggalah duduk di dalam kokpit kereta perlumbaan Formula 1 — semuanya di bawah satu bumbung.
Patung dinasor T-Rex yang menyanyi di Petrosains ini juga bakal mencuit hati si kecil anda.

Tips :
  • Pintu masuk Petrosains ialah di Aras 4, Pusat Beli Belah Suria KLCC.
  • Anda boleh menempah tiket anda terlebih dahulu.
  • Elakkan lawatan pada musim cuti sekolah. Menunggu dalam barisan untuk ke dalam dan keluar dari Petrosains pada waktu puncak boleh mengambil lebih daripada setengah jam.
  • Walaupun pintu masuknya kelihatan kecil, ruangan dalam Petrosains luas dan terdapat banyak model interaktif untuk si kecil anda terokai. Jangan masuk dengan perut kosong, dan hanya lawati jika anda dan anak-anak anda mempunyai lebih dari 2 jam untuk diluangkan.

Waktu Operasi:

Isnin: Tutup 
Selasa-Khamis: 9.30 pg – 5.30 ptg (kemasukan terakhir pada jam 4.00 petang)
Jumaat: 1:30 ptg – 5:30ptg (kemasukan terakhir adalah pada jam 4.00 petang)
Hujung Minggu dan Cuti Umum: 9:30 pg – 06:30 ptg (kemasukan terakhir pada jam 5.00 petang)

Harga Tiket Petrosains:

Warganegara Malaysia dengan MyKad 
Kanak-kanak 2 tahun dan ke bawah: Percuma
Kanak-kanak 3 hingga 12 tahun: RM 5
Remaja 13 hingga 17 tahun: RM 10
Dewasa 18 hingga 55 tahun: RM 15
Warganegara 56 tahun dan ke atas: RM 8
Pakej 2 dewasa & 2 kanak-kanak: RM 30
Pelancong Asing 
Kanak-kanak 2 tahun dan ke bawah: Percuma
Kanak-kanak 3 hingga 12 tahun: RM 15
Remaja 13 hingga 17 tahun: RM 20
Dewasa 18 hingga 55 tahun: RM 25
Warganegara 56 tahun dan ke atas: RM 18
Keluarga pakej 2 dewasa & 2 kanak-kanak: RM 50


Dewan Filharmonik Petronas 
Di sini juga anda boleh menikmati persembahan klasik atau jazz di dalam sebuah dewan bertaraf dunia dengan kapasiti 865 tempat duduk.

Pusat Konvensyen Kuala Lumpur
 Pusat Konvensyen Kuala Lumpur terletak beberapa minit berjalan kaki dari KLCC. Ia merupakan pusat untuk konvensyen, pameran perdagangan dan pameran awam.



Jambatan SkyBridge

Anda boleh melihat Kuala Lumpur dari jambatan Menara Berkembar KLCC. Berikut adalah beberapa fakta yang anda perlu tahu.
PENTING: 
Hanya 1,200 tiket dikeluarkan setiap hari. Anda perlu berbaris untuk mendapatkan tiket sebelum 8:30 pagi kerana tiket selalunya habis sebelum pukul 11 pagi.
Tempat mendapatkan tiket ?
Concourse Level, Aras Bawah Tanah Menara Berkembar KLCC.
Tempahan tiket dibenarkan.
Harga tiket Skybridge
    1. Pelancong Asing
  • Dewasa – RM 80 (~Rp249967.57)
  • Kanak-kanak – RM 30 (~Rp93737.84)
    2. Warganegara Malaysia
  • Dewasa dengan MyKad – RM 25 (~Rp78114.86)
  • Kanak-kanak dengan MyKad – RM 12 (~Rp37495.14)
Waktu Pembukaan 
DITUTUP pada hari Isnin & DITUTUP semasa sembahyang Jumaat (13:00-2:30)
Hari Operasi: Selasa hingga Ahad
Waktu Lawatan: 09:00 pg – 9:00 mlm
Tips & Panduan Pelawat
  • Setiap kanak-kanak mesti ditemani oleh seorang dewasa
  • Kunjungan boleh dibatalkan / dijadualkan semula dengan notis yang singkat
  • Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa ke Skybridge

Bagaimana ke KLCC

Teksi 
KLCC mudah diakses dengan teksi. Jika anda dari Stesen Sentral tambang teksi tidak sepatutnya lebih daripada RM 15 (~Rp46868.92).
KLIA 
Jika anda dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), anda boleh menaiki Express Rail Link ke Stesen Sentral di Kuala Lumpur. Perjalanan ini akan mengambil masa selama 28 minit. Dari situ, anda boleh menaiki tren PUTRA LRT ke stesen KLCC. Jika anda memilih untuk mengambil teksi, perjalanan dari KLIA ke Menara Berkembar PETRONAS akan mengambil masa 60 minit.
KTM Komuter 
Jika anda menggunakan KTM Komuter, berhenti di Stesen Sentral. Kemudian, naiki Putra LRT ke KLCC.
Bas 
Dan jika anda suka menaiki bas, anda boleh menaiki bas RAPID KL di pusat beli belah Star Hill di Jalan Bukit Bintang atau dari Jalan Chow Kit. Turun di Wisma Equity, Jalan Ampang yang betul-betul bertentangan dengan menara Berkembar PETRONAS.
Anda juga boleh menaiki bas RAPID KL dari Jalan Silang berhampiran Kompleks Kotaraya.
KL Monorail 
Jika anda memilih KL Monorail, stesen terdekat adalah di Hotel Concorde di Jalan Sultan Ismail (kira-kira 10 minit berjalan kaki dari Menara Berkembar Petronas). Pada hari yang panas, ia adalah idea yang baik untuk menaiki teksi dari stesen monorail ini.