Memaparkan catatan dengan label BERKELAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BERKELAH. Papar semua catatan

Rabu, 12 Jun 2013

GUNUNG ANGSI,KUALA PILAH




jauh dari hiruk kota,Gunung Angsi yang terletak di Tanjung Ipoh yang terletak di daerah Kuala Pilah,Negeri Sembilan mempunyai ketinggian setinggi 825 meter (2,702 kaki). Ia merupakan salah satu tarikan bagi Hutan Rekreasi Ulu Bendol dan terbuka bagi pendakian.

Pendakian Gunung Angsi biasanya mengambil masa selama empat jam yang melalui laluan trek sepanjang 4.5 kilometer sepanjang Sungai Batang Terachi. Dari Gunung Angsi, pendaki boleh melihat gunung-gunung berhampiran sepertiGunung Telapa BurukGunung BerembunGunung Datuk dan Gunung Tampin.

oh


Hutan Hulu Bendol merupakan hutan simpanan yang kaya dengan pelbagai pokok tropika seperti pokok merantipokok keruingpokok damar hitam, danpokok mersawa.

Rabu, 6 Februari 2013

HUTAN BANDAR



Taman Rekreasi Hutan Bandar menjadi sebuah lokasi ideal untuk melakukan aktiviti riadah bersama keluarga mahu pun rakan-rakan.
Terletak lebih kurang dua kilometer dari pusat bandar raya, taman rekreasi yang menyediakan pelbagai kemudahan itu meliputi kawasan seluas 20.23 hektar. Kedudukannya pula berada di persimpangan Jalan Tasek Utara dan Jalan Yahya Awal.

Dengan berkonsepkan 'Taman Rekreasi Keluarga' dalam suasana alam semulajadi yang nyaman, selesa dan harmoni, bertujuan untuk menyediakan kemudahan rekreasi dan riadah untuk pelbagai lapisan wargakota Johor Bahru.


 Dengan rimbunan pohon-pohon menghijau, ketenangan air tasik yang mendamaikan, kolam mandi kanak-kanak dan kemudahan rekreasi yang menyeluruh membuatkan pengunjung tidak sabar untuk meneroka kawasan tersebut.


Terdapat enam kemudahan utama yang disediakan di sini antaranya Laman Tembusu, Kawasan Tasik Tujuh, Laman Permainan Kanak-Kanak, Taman Orkid atau Jewel House, Laman Ekologi dan Medan Selera Atap Berlian.
Sal

PULAU KETAM



Pulau Ketam ialah sebuah pulau kecil yang terletak berdekatan dengan Pelabuhan KlangSelangorMalaysia. Pulau ini diasaskan sekitar tahun 1880. Cara untuk sampai ke sini ialah dengan menaiki feri dari Pelabuhan Klang. Serta dihuni oleh nelayan-nelayan berbangsa Cina semenjak Perang Dunia Kedua berlaku

Pulau ini mampu memberi tarikan pelancong terutama dari luar negara kerana untuk sampai ke sini amat mudah. Kalau dari Kuala Lumpur, kita perlu menaiki komuter ke Pelabungan Klang.

Menaiki feri yang berhawa dingin kita hanya perlu membayar RM7.00 sahaja. 

BAGAN LALANG,SELANGOR





Bagan Lalang ialah sebuah pekan di pesisir pantai dalam daerah Sepang di SelangorMalaysia. Di sini terdapat banyak hutan paya bakau dan tanah liat tempatan yang menyokong industri pembuatan batu-bata.Paya bakau di Bagan Lalang ialah tempat pembiakan hidupan-hidupan akuatik. Paya bakau yang terlindung daripada ombak juga sesuai untuk menjadi pelabuhan, oleh itu, Bagan Lalang juga menjalankan aktiviti perikanan. Dengan penerokaan paya bakau di kawasan ini, hidupan nelayan di sini akan menjadi sangat susah kerana kekurangan sumber hidupan akuatik dan pelabuhan tidak terlindung.Selain itu, Bagan Lalang juga dapat pantai yang cantik.Bagan Lalang juga mempunyai banyak hotel dan chalet yang dapat menarik banyak pelancongan datang melancong disini




Terletak berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan hanya sejam perjalanan dari pusat bandar Kuala Lumpur melalui PLUS Higway menuju arah ke KLIA.


Selasa, 5 Februari 2013

TELUK CHEMPEDAK BEACH,PAHANG


Pantai Teluk Cempedak terletak kira-kira 5 km dari KuantanPahangMalaysia. Ia merupakan tempat perkelahan yang popular dan menjadi tumpuan ramai terutamanya pada hujung minggu. Mempunyai pasir pantai yang bewarna putih melepak dan gebu.
Kerajaan Negeri Pahang telah membina pelbagai kemudahan di Teluk Cempedak. Antara kemudahan yang disediakan ialah :
  • Menara tinjau
  • Restoran dan gerai-gerai
  • Titi / Jambatan menyusun pinggir bukit
  • Surau
  • Bilik mandi / tandas
  • Tembok pinggir pantai
  • Pentas
  • Hotel
  • Tempat letak kereta yang luas.




BUKIT GAMBANG WATERPARK,PAHANG


Bukit Gambang Water Park is located 35 km from Kuantan, it offers non-stop fun and excitement in an area spanning across 45.8 acres! Among the unique and fascinating attractions available include a man-made 17.1-acre lake with breathtaking views and also suitable for a wide variety of fun water sports.
 
Timetable :
Monday, Wednesday, Thursday : 10.30 am - 6.30 pm
Friday, Saturday, Sunday : 9.30 am - 6.30 pm
School & Public Holiday : 9.30 am - 6.30 pm
Every Tuesday : Closed
Fees : Adult - RM 21.90 & Children - RM 14.90
Main Attraction :
Coco Beach ( Wave Pool - Largest in Malaysia )
Penguin Island - Kids Slide & Glacier River
Tree Top Hill Slides ( 6 Lane Racer - Longest in Malaysia )
Corporate Function Area
Facilities :
Cabana Rental - Advance reservation fee : RM 10. Penguin Cabana , RM 45 + RM 10 refundable deposit , 4 drinking waters as complimentary. Coco, River, Garden & Slide Cabana , RM 35 & RM 10 refundable deposit , 2 drinking waters as complimentary.
Lockers
Gift Shops


Contact : 609-548 8000
Address : Jalan Bukit Gambang Utama Bukit Gambang Resort City 26300 ,Kuantan